RSS

Agar-agar Santan

Bahan-bahan

          Agar-agar satu peket
          Air penuhkan 3/4 periuk (periuk yg saiz 'sedang')
          Gula pasir secukup manis/rasa
          Daun pandan sehelai dua
          2 biji telur ayam
          2 cawan santan pekat
          Sedikit pewarna hijau


Cara-cara

1.         Basuh agar2 dan masukkan dlm periuk yg diletak air 3/4 penuh.
2.         masukkan juga gula pasir, daun pandan dan pewarna hijau ke dalam periuk dan biar menggelegak sampai agar2 hancur lebur
3.         Di satu mangkuk yg lain. Masukkan santan dan telur. Satukan hingga sebati.
4.         Apabila agar2 yg dlm periuk tadi betul2 dah hancur lebur, masukkan campuran santan dan telur tadi.
5.         Biarkan bahan menggelegak sekali sahaja, kacau dan tutup api.
6.         Masukkan dlm bekas yg disukai / loyang... biarkan sejuk dan boleh makan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...