RSS

redeem voucher for my holidays

nak gunakan voucher untuk satu malam shj sebelum balik ke kg

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mancing


Saje test

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KEHEBATAN SURAH QULHUAALLAH

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya..
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA BUANG RISALAH
INI SEBALIKNYA FOWARDKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN TERIMA KASIH.
WASSALAM.

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemerdekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca
30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a.. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.



Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

anakku sakit..


Pada hari Jumaat 23 okt 09, aku balik dari opis seperti biasa..sampai rumah pun dah lewat petang...dekat2 maghrib, biase la tu hari Jumaat, high way KL-Seremban mmg mcm tu, jem jer manjang. Sampai2 jer umah aku tgk Tasnim dah pun tido. aku agak risau n rase pelik sbb x sempat bermain dgnnye. mlmnye pulak, bdnnye mulai panas...huhuhu...aku bagi die minum ubat dlm air susunya. Tapi, sikit jer diminumnye. Demam tasnim belarutan sehingga ke pagi isnin. Aku bimbang demam anakku akan melarat. walaupun diberi ubat demam namun badan die masih lagi panas.

Aku bawa tasnim ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Seperti biasa ramainye org, kul 12pm baru selesai jumpe doktor n amik ubat. Malangnya aku hanya jumpe HA jer. Frust. Dia tak tanya pun anak aku demam dah bape hari. Dia bagi ubat demam n selesema. Esoknya tasnim masih demam lg. Dah 3 mlm aku tak dapat tido..asyik nangis jer sepanjang malam. Hal spt ini tak pernah berlaku sebelum ini. Aku risau die akan kena sawan. Aku basahkan kepala die dengan air cuka. Sejuk kejap..pastu panas balik...bila tutup kipas bdn die kebah..tp, kepala masih panas..aku tak pernah berdepan dgn keadaan spt ini.

Pada hari Selasa aku bawa Tasnim pergi ke Klinik, husband aku temankan n minta nk jumpe doktor. b4 7.30pg aku tunggu dpn klinik tu. kul 8.00am baru bukak...jumpe doktor pukul 9.00pg...bayangkanlah...lembab tul servis...doktor bg ubat n antiviral...die risau anakku terkena jangkitan H1N1, kami pun risau jugak...kalau terkena jangkitan pun mungkin di TASKA. Aku paksa die mium antiviral...12 jam sekali..namum demam tak kurang jugak..kami semakin risau n tak sedap hati..mlm tu die kelihatan tidor ajer..maybe semakin letih atau effect ubat tu..aku ingt ade perubahan yg positif, tp husband ckp pernafasan die lain macam...aku igt biase jer...tp kencang jugak la dada die turun naik...

Pada hari Rabu, aku suruh husband pergi kerja. Semalam die dah EL. Aku dah 3 hari EL termasuk hari Rabu. Aku bawa Tasnim pergi ke Klinik Desa Bangi utk check up. Tp, servis sekali lg lembab giler.Tp, nasib baik org tak seramai sebelum2 ini. Anakku mulai batuk tak henti2..aku mulai tak senang hati. Nurse risau bila aku bg tau yg die diberi antiviral..pastu menakut2kan aku..membebel jer..aku ni mmg risau anak aku..aku tak nak dengar die membebel lg..jgn saratkan kepala ku dengan bebelan tu. Pastu die nasihatkan aku bawa tasnim ke klinik lg.

Nasihat dr doktor semalam tasnim sepatutnya di bawa ke klinik pada hari Khamis, namun die berkeras suh bawak jugak hari Rabu. Aku akur, tak nak nanti berlaku ape2 menyesal pulak. Aku bawak jugaklah tasnim ke klinik. Lagipun tak rugi bawa die check up, on the way ke sana die diam jer..tidor. Pelik..aku mulai risau..takut terjadi ape2 pd anakku...

Setibanya di klinik kesihatan bandar baru bangi, aku geram lg sekali...lama sungguh menunggu..setelah jumpa doktor, aku diberitahu ade bunyi dlm peparu die. n suspek ade kuman dlm peparu die n mungkin di tahan wad. aku diberi surat rujukan utk ke hospital Kajang. Tasnim semakin letih..tido jer... Setibanya di sana, anakku diberi pil 2 biji utk dimasukkan ke bontot, then x-ray..katanya ade jangkitan kuman dlm peparu. Aku semakin sebak...

Tasnim di tahan wad selama 5 hari 4 mlm...Ahad petang baru leh kuar wad...

Pengalaman stay di wad..tak dpt dilupakan..peristiwa cemas...

Aku mulai rase nk demam..sbb keletihan menjaga Tasnim di wad..Isnin demam...aku amik MC 2 hari n balik kg hantar tasnim utk dijaga oleh mak..Rabu pg sampai ke KL, terus pergi kerja..terasa terawang2....Jumaat ptg, bos ku tan nak sign borang cutiku..aku amik cuti banyak...5 hari EL..tp, aku tak sengaja...bengang jerrrrrrrrrrrrrr

sehingga hari ini, Hati n Jiwaku bersama Tasnim di kampung...bersama Tasnim...aku menghitung hari utk balik jumpe Tasnim. Aku tiada pilihan, demi kesihatan anakku yang tersayang..aku korbankan perasaan rindu ku pada Tasnim...die pun rindu jugak pada ku..aku pasti. Kemungkinan 26hb pagi aku bertolak balik ke kampung dan akan membawanya ke sini selepas cuti raya...

kalau boleh tak nak hantar Tasnim ke Taska lg...nak cari org yg boleh dtg ke umah ni n jaga tasnim, tp aku tau susah semua tu...camana ye...Ya Allah, berikanlah jalan penyelesaian yang terbaik utk permasalahan ku ini...ujian dr Mu, penyelesaian juga dariMu jua...

kalau boleh, aku nak jaga anak sendiri...kalau la ade kerja yg boleh dibuat di rumah sambil jaga anak...sayang la pulak nak berenti kerja sekarang..rumah, kereta nak kena bayar..banyak lagi tanggungan...

kalau ikutkan hati nk balik mlm td, sian lak husband sesorang kat umh..anak dlm jagaan yg baik dgn mak..mak pun nasihatkan agar aku balik mase raye jer...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelas Bahasa Perancis


mulai 28 Okt, kelas bahasa perancis telah diadakan utk staff IDFR yang berminat. Aku turut sama mengikuti kelas ini. Kelas diadakan pada hari Rabu n Jumaat, 1 jam sehari. Cikgu yang mengajar adalah Pn Jeanette..language officer dari IDFR juga.

aku dah pun belajar bahasa arab pd lewat petang..aku tak sanggup utk blaja perancis pd lewat ptg dan terpaksa balik 7.00mlm lebih..cukup ler utk hari isnin n rabu jer (kelas bhs arab)

Kelas Bahasa Perancis ni best jgk, tp aku x pernah belajar lg sebelum ini. Cara sebutan pun susah jugak..tp, ade beberapa perkataan cam bahasa inggeris, cuma cara sebut jer lain sikit..tp, xpe la..cukup la sakadar leh ckp di perancis n xde masalah komunikasi kalo p Perancis (bile la ade peluang nk p sana??)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...