RSS

Tempat kerja dan bos baru

hari ini aku mendapat bos baru..baru 5 bln aku kat sini, bos lama pula bertukar dan mendapat bos baru.. huhuhu.. tak tau nak describe camne perasaan aku.. aku tak suka bila kena masuk meeting.. bukan malas nak wat keje, tp chairman dlm meeting tu garang giler..aku tak pernah jumpa bos segarang tu..walaupun ini merupakan pejabat ke-3 aku ditempatkan..ia bagaikan menghantui tidur malamku..eh! takde la mcam tu sekali..seram ade la before & semasa meeting berlangsung..dah habis meeting tu ok ler..

berbalik kepada cerita bos baru..rupa2nya kami tinggal kat taman yang sama..cuma beza seksyen aje..well aku tak kenal dia lagi, sbb pagi tadi baru dia report duty kat sini..huahuahua..
btw, aku harap2 dia 'ok'.. mendapat bos baru sama seperti bertukar tempat kerja..kita kena kenal kedua2nya & baru la kerja boleh jalan lancar...hehehe

Setelah bercuti selama 10 hari, Hari ni Selasa 3rd Feb, pagi2 lagi aku tersangkut dalam jem..dahla ade meeting kul 9.00am..aku sampai opis kul 8.37am..hahaha, aku sepatutnya masuk kerja kul 8.00am..tak tau nape jalan sesak sgt..aku terlambat sikit ajer kuar dr umah..geram pun ade..tp aku bawak kete takdelah laju sgt takut accident pulak, biar lambat asalkan selamat...tp kalau lambat selalu..kena warning pulak nanti..bila memikirkan kesesakan jalan & toll & kena kuar awal2 pagi nak aje aku pohon tukar..aduss, takleh nak ikutkan sgt hati ni..sabar2..tp sampai bila?? Ya Allah permudahkanlah segala urusan hidupku!! Berikan aku kekuatan untuk terus bekerja & beribadah..Amin..amin..Ya Rabbal 'Alamin..

Petang Jumaat ni, aku dah buat appointment untuk pasang tali pinggang keledar untuk kancil ku..harap2 bos baru dapat bagi aku kuar opis..kalau tak, kena cari alternatif lain..huhuhuhu..susahla kerja jauh2 ni..nak kena amik cuti..

23-25 Feb pulak husband aku konvo..tp kat PICC jer..ingatkan kat Perlis, leh p jln2 kat Langkawi..tp ok gak kat putrajaya..apply cuti 2 hari jer (24-25) xyah amik cuti panjang2, x perlu membazir duit d zaman ekonomi tgh gawat ni..berjimat cermat beb..bak kata kerajaan..berbelanja secara berhemah..tp aku nak shopping..nak shopping..nak shopping!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...