RSS

.:: Mutiara kata ::.




  1. Jangan impikan suami sehebat Rasulullah s.a.w jika diri tidak seanggun Saidatina Khadijah
  2. Sesiapa yang meninggalkan cinta dunia yang berlebihan akan dikurniakan cinta akhirat yang hakiki
  3. Pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah , pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki, jika lahirnya dari iman dan taqwa.
  4. Ilmu adalah harta kepada si miskin, adalah kehormatan bagi si kaya, adalah kenangan di hari tua.
  5. Usaha + tawakkal + doa = kejayaan dan keredhaan Allah
  6. Berpijak di atas bumi nyata, bagai meniti jambatan bara. Oleh itu, pilihlah jalan yang lurus dan benar agar kita mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan hidup.
  7. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, di mana ada kemenangan, di situ ada kecemerlangan
  8. Jadikan keyakinan sebagai pegangan hidup, dorongan sebagai teman setia, putus asa dijadikan musuh durjana, dan jadikan tekun dan usaha sebagai tangga kejayaan.
  9. Yang di atas adalah lebih baik daripada yang di bawah, tetapi apabila sudah berada di atas, janganlah dilupai yang di bawah kerana di bawahlah puncanya di atas.
  10. Sebaik – baik sahabat itu ialah orang yang tidak pernah berubah kebaikannya, meskipun zaman terus berubah .
  11. Carilah ilmu kerana apabila kamu kufur maka ilmu itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu .
  12. Beriman dan berilmu sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar. Tidak ada iman kalau tidak ada amal, dan tidak ada pula amal kalau tidak ikhlas

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...