RSS

WABAK VIRUS INFLUENZA A (H1N1)


WABAK VIRUS INFLUENZA A (H1N1)

Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contagious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.

Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia, aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.

Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.

Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)?

Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.

Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.

Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?

a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun

b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas

c. Kanak-kanak dan remaja(kurang daripada 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang

d. Wanita mengandung

e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus

f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)

g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain


Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi

Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.

  • Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
  • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
  • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
    1. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
    2. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
    3. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
      • Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
      • Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
      • Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
      • Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
    4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
    5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
    6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian.
    7. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

***


What is the A (H1N1) influenza?

It is a respiratory disease of pigs caused by type A strains of the influenza virus. It regularly causes high flu outbreaks in pigs but with low death rates. There are four main sub-types of the virus, but the most recent isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.


How does it spread?

Influenza A (H1N1) viruses do not typically infect humans though they do occur through close proximity or contact with infected pigs or contaminated areas. Cases of human-to-human spread have been documented.

What are the symptoms?

The symptoms are similar to those of regular flu:

- Fever

- Lethargy

- Runny nose

- Cough

- Sore throat

- Lack of appetite

- Vomiting and diarrhea in some cases.


How common is the A (H1N1) flu infection in humans?

In the past reports of about one human A(H1N1) flu virus infection had been received every one to two years in the United States. From December 2005 till February 2009, 12 cases have been reported.

Has this strain of flu been seen before?

No. Flu mutates constantly, so it is common for new strains to emerge. Pigs can also be infected with both human and avian influenza, and the current circulating A (H1N1) flu strain appears to contain genetic elements from all three.


Can the A (H1N1) flu be treated with antiviral drugs and flu vaccine?

The A (H1N1) flu is resistant to two common drugs – Amantadine and Rimantadine. The A (H1N1) flu viruses are very different from human H1N1 viruses. Therefore, vaccines for human seasonal flu would not provide protection. However, a “seed vaccine” has been specifically tailored to this swine flu and will be manufactured if officials deem it necessary.

Can people catch A (H1N1) flu by eating pork?

No. The A (H1N1) influenza viruses are not transmitted by food. Eating properly handled and cooked pork and pork products are safe. Cooking pork to an internal temperature of 70ÂșC and above kills the swine flu virus.


How long is someone with the A (H1N1) flu considered contagious?

People with the A (H1N1) influenza virus infection should be considered potentially contagious as long as they are symptomatic; possibly for up to seven days following the onset of the illness. Children, especially younger children, might potentially be contagious for longer periods.


What can I do to protect myself from the A (H1N1) flu?

There is no vaccine available right now to protect against the A (H1N1) flu.

However, you can help prevent the spread of germs that cause respiratory illnesses like influenza by:

- Covering your nose and mouth with a disposable tissue or handkerchief when you cough or sneeze. Throw the tissue in the waste basket after you use it.

- Wash your hands often with soap and water, especially after you cough or sneeze. Alcohol-based hand cleaners are also helpful

- Try to avoid close contact with sick people. – If you get sick with influenza, stay at home and limit contact with others to keep from infecting them.

- Avoid touching your eyes, nose or mouth.

- Consult your nearest healthcare facility if you think you have any of the symptoms.

What precautions are in place in Malaysia?

- The Health Ministry’s operations room in Putrajaya has started a 24-hour monitoring of the situation. The public can call 03-8881 0200/300 for enquiries.

- Those returning from Latin American countries and found to have flu-like symptoms will be quarantined.

- Health Ministry officials are conducting health screenings on passengers arriving from the United States.

- Thermal scanners will be placed at international airports to speed up the screening process for A (H1N1) flu.

- Public and private medical practitioners have been instructed to report to the district health office any patient with influenza-like illnesses or severe pneumonia symptoms and who had travelled to the affected countries after April 17.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...