RSS

Ulang tahunku

-pada hari ini tahun 1980, jam ini aku telah dilahirkan ke dunia..Syukur alhamdulillah..maka bermulalah episod kehidupanku dan juga amanat yg telah diberikan oleh Allah swt..


-Hari ini merupakan hari ulang tahun ku. Aku telah bergelar anak, isteri dan ibu..aku amat bersyukur kerana kehidupanku berjalan lancar..


-telah mempunyai suami yg amat memahami, sabar dgn karenahku dan sentiasa menyokong aku dlm melakukan apa2 sahaja..terima kasih abe...aku telah dikurniakan seorang anak yang cukup sihat..alhamdulillah 


-setelah tamat pengajian di UKM, aku juga telah diberikan jawatan yang bersesuaian dgn degree aku dulu setelah hampir 1 tahun menunggu jawatan itu..sehingga kini aku memegang jawatan itu..sungguhpun waktu itu ramai kawan2ku sukar mendapatkan tempat di agensi kerajaan dgn jawatan dlm kumpulan P&P. Bukan niat nk menunjuk2, tapi..aku ingin bersyukur atas apa sahaja kurniaan dr Ilahi..


-sepanjang tempoh itu, aku telah mendapat pengalaman kerja di 3 agensi kerajaan..
1. MINDEF, 3 thn
2. MOT, 2 thn
3. MFA, 2 thn


-kini aku tak sabar ingin bertukar ke pejabat kerajaan yang berhampiran dgn rumahku..
-dgn kos pengangkutan yang tinggi..toll yang agak mahal dan juga perjalanan yang jem setiap hari pergi dan balik yang telah memakan masa 1 jam ++ setiap hala..mmg amat menguji kesabaranku..


-tahun depan tasnim akanku hantar ke TADIKA untuk menempuhi alam pembelajaran di sekolah yang pertama.. aku perlu bahagikan masa dan mendapat cukup rehat. Keadaan sekarang mmg tidak menentu. Penat yang amat setiap hari. Aku tidak akan bahagia sekiranya tiap2 hari penat dan tidak larat untuk melakukan kerja-kerja harian setiap hari, melainkan ianya akan dilakukan di hujung minggu.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...