RSS

Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) pernah tahan Natasya Farisya 2 kali


Natasya Farisya



Teman pemuda disimbah asid pernah dikaunseling, berjanji berubah
KANGAR: Natasya Farisya, 28, pondan yang dikaitkan dengan kes pemuda parah disimbah asid, di sini, baru-baru ini, pernah dikenakan tindakan dua kali sebelum ini, termasuk ditahan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
Natasya yang juga bekas model sambilan dari Taman Sri Bakau, di sini, ditahan JAIPs pada 2007 selepas dikesan menyalahi Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 kerana berpakaian seperti wanita.
Kediaman Natasya atau nama sebenarnya Tabri Rashid Abu Hassan, juga pernah diserbu JAIPs pada 2010, namun tindakan undang-undang mengikut peruntukan enakmen terbabit tidak dapat diambil ke atasnya.
Pengarah JAIPS, Abdul Malik Hussin ketika dihubungi mengesahkan penahanan Natasya pada 2007 lalu, selain serbuan dilakukan pihaknya di kediaman pondan itu, tahun lalu.
Katanya, selepas ditahan pada 2007, Natasya diberi kaunseling dan nasihat oleh kaunselor JAIPs serta diletakkan dalam pemerhatian pihaknya, apatah lagi dia sendiri pernah berjanji untuk berubah.
“Malah, hari ini (semalam) kaunselor kami daripada Bahagian Nikah Cerai dan Rujuk turut menemui Natasya untuk sesi kaunseling dan nasihat,” katanya, semalam.
Kelmarin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, mahu JAIPs bertindak segera menahan Natasya, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang sewajarnya kerana jabatan itu mempunyai kuasa, termasuk bertanggungjawab membendung masalah sosial umat Islam di negeri itu.
Beliau berkata, pihaknya memandang serius penularan aktiviti pondan, terutama membabitkan lelaki berperwatakan wanita di Perlis, tindakan mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Dalam Syarak Negeri Perlis 1991 bukan mudah diambil.
Sumber : Berita Harian Online

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...